Syarikat pertanian sayur-sayuran mapan setempat, Green Harvest, yang diketahui menawarkan pertanian cara baru di negara ini, telah dibuka secara rasmi pada 24 Oktober di kawasan Lim Chu Kang.
Menurut Green Harvest, pihaknya memanfaatkan pengalaman dan kepakaran pertanian Kok Fah Techonolgy Farm dan bekerjasama dengan TeamBuild Construction Group dalam mereka bentuk dan membina rumah hijau.





