Lengkap dengan jaket cef berwarna hitam, pelajar Sekolah Menengah Spectra, Rasya Hanis Mohammad Nur’hidzat, tekun memberikan sentuhan terakhir kepada beberapa dulang kuih muih yang disediakan teman-temannya bagi tetamu.
Pelajar berusia 16 tahun itu, yang mengambil mata pelajaran Kulinari dan Operasi Restoran di sekolah itu, bukan sahaja pandai memasak, bahkan mahir mengendalikan peralatan dapur gred industri.





