“Saya berkesempatan menjadi juri peraduan bercerita dan turut menjadi pencerita di perpustakaan. Pasangan-pasangan yang pernah saya nikahkan turut hadir bersama anak mereka untuk sesi bercerita saya. Penting untuk kita timbulkan minat orang ramai dalam menggunakan bahasa Melayu dan mengenal jati diri kita sebagai orang Melayu.”
“Saya melihat bahawa kecekapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda semakin kurang. Saya selalu...





