Seramai 50 individu sedang disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk perjudian haram dan aktiviti maksiat selepas satu operasi penguatkuasaan silang agensi selama 11 hari di Geylang.
Operasi yang diketuai Divisyen Polis Bedok itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kastam Singapura, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat dan Agensi Makanan Singapura...





