Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan didakwa di mahkamah pada Isnin berhubung kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), Sarjan 1 (SGT1) Edward Go, dalam kebakaran di Henderson Road pada Disember lalu.
Pegawai SCDF berusia 38 tahun itu akan didakwa atas kesalahan menyebabkan cedera parah akibat tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa dan keselamatan, kata polis dalam satu kenyataan...





