Mantan Presiden Puan Halimah Yacob kekal menjadi satu-satunya Muslimah dari Singapura yang diiktiraf sebagai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.
Beliau serta lima warga Singapura lain telah tersenarai dalam Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2024, yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Strategik Islam Diraja di Jordan.





