Peruncit kecil di Singapura tidak lama lagi boleh meraih manfaat dengan lebih banyak sokongan untuk merangsang keupayaan eksport dalam talian mereka.
Latihan, termasuk kursus dalam bahagian seperti amalan terbaik mencari produk, akan ditawarkan di bawah satu program baru yang bertujuan membantu usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) beroperasi di peringkat sama seperti jenama terkenal dan bagi mendapatkan pengiktirafan pelanggan...





