Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, menasihatkan agar semua rancangan pelancongan ziarah ke Baitulmakdis yang dikendali ejen pelancongan di sini ditunda sedang konflik antara Israel dengan Palestin berterusan.
Beliau berkata pendirian Amtas sejajar dengan makluman terkini daripada Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang menasihatkan agar rakyat Singapura mengelakkan perjalanan tidak penting ke Israel...





