Sebanyak 1,888 tanglung dilukis tangan dan disusun menjadi naga sepanjang 500 meter sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, lantas mencatatakan rekod baru dalam Buku Rekod Singapura bagi rantaian tanglung terpanjang yang dilukis tangan.
Festival PAssionArts Pertengahan Musim Luruh Admiralty yang diadakan di Vista Park pada Sabtu itu telah menarik penglibatan lebih seribu penduduk.





