HANGZHOU (China): Pada Jumaat malam, ratu pecut Singapura Shanti Pereira kelihatan sedikit bimbang selepas menamatkan pusingan saringannya dalam acara larian pecut 100 meter wanita Sukan Asia di tempat ketiga daripada sembilan pesaing.
Namun, juara Asia berusia 27 tahun itu boleh bernafas lega setelah mendapati catatan masanya, 11.42 saat, dalam Saringan 2 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou cukup untuk menempah...





