Sukan Asia: Shanti mara ke final 100m larian pecut wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan Asia: Shanti mara ke final 100m larian pecut wanita

Sep 29, 2023 | 10:09 PM

Sukan Asia: Shanti mara ke final 100m larian pecut wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
LEGA: Secara keseluruhan, Shanti Pereira menduduki tempat keenam daripada 25 pelari dalam pusingan saringan larian pecut 100 meter wanita di Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat.
LEGA: Secara keseluruhan, Shanti Pereira menduduki tempat keenam daripada 25 pelari dalam pusingan saringan larian pecut 100 meter wanita di Sukan Asia Hangzhou pada Jumaat. - Foto SNOC

HANGZHOU (China): Pada Jumaat malam, ratu pecut Singapura Shanti Pereira kelihatan sedikit bimbang selepas menamatkan pusingan saringannya dalam acara larian pecut 100 meter wanita Sukan Asia di tempat ketiga daripada sembilan pesaing. 

Namun, juara Asia berusia 27 tahun itu boleh bernafas lega setelah mendapati catatan masanya, 11.42 saat, dalam Saringan 2 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou cukup untuk menempah tempatnya ke peringkat akhir pada Sabtu. 

Secara keseluruhan, Shanti menduduki tempat keenam daripada 25 pelari.

Dua pelari terbaik daripada setiap saringan dan dua masa terpantas seterusnya dalam kelompok pesaing keseluruhan layak ke final.

Tiada separuh akhir bagi acara ini.

Harapan tuan rumah China, Ge Manqi, menjuarai pusingan saringan dengan masa, 11.17; diikuti dua warga Bahrain, juara bertahan Edidiong Odiong dan Hajar Alkhaldi, yang kedua-duanya mencatat masa 11.34.

Masa terbaik peribadi Shanti dalam acara 100 meter adalah 11.20.

Rakan senegara Elizabeth-Ann Tan mendapat tempat ke-15 secara keseluruhan, dengan catatan masanya, 12.00.

Larian pecut 200 meter, yang bakal bermula pada Ahad, adalah acara kegemaran, atau ‘pet event’, Shanti.

Sejak Mac, beliau telah enam kali mencatat semula rekod kebangsaan 100 meter dan mengatasi masa 200 meternya empat kali.

Pada Mei, beliau memenangi emas dalam 100 meter dan 200 meter dalam Sukan SEA di Kemboja, untuk menjadi wanita Singapura pertama yang meraih kemenangan berganda dalam acara larian pecut.

Beliau mengulangi kejayaan itu dalam Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok dua bulan kemudian.

Di Kejohanan Olahraga Dunia pada Ogos, beliau menjadi warga Singapura pertama untuk sampai ke separuh akhir setelah mencatat masa 22.57 saat dalam pusingan saringan 200 meter, dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg