Ada perkara yang mungkin boleh dibaiki dan ada yang tidak boleh, kata ketua jurulatih pasukan nasional bola sepak wanita Karim Bencherifa susulan kekalahan besar Singapura 0-7 dibelasah Korea Utara pada Ahad.
Dalam penampilan sulung mereka di Sukan Asia Hangzhou, China, skuad wanita Singa, jelas mudah diatasi lawan yang jauh lebih tinggi dan kuat secara fizikal dalam aksi pembukaan Kumpulan C...





