Calon Presiden Encik Tan Kin Lian berkata beliau ingin menyampaikan keprihatinan warga kepada pemerintah – terutama sekali berkaitan isu kos kehidupan – demi membantu membentuk kehidupan lebih baik bagi warga Singapura jika dipilih sebagai Presiden.
Semasa menyampaikan perutusannya dalam siaran calon presiden kedua pada Rabu, Encik Tan menekankan beliau sedar bidang kuasa Presiden agak terhad, namun berharap dapat bekerjasama dengan...





