Bakat serba boleh, Zizan Razak, belum mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni, sebaliknya, terus mengatur strategi memperkukuhkan nama, seiring kematangan dan pengalaman yang diraih.
Zizan, yang mula mencipta nama sebagai pelawak, masih mencintai semua cabang seni yang diteroka, namun, pada peringkat ini, beliau semakin matang membuat pilihan produk baik dari segi lakonan, nyanyian dan pengacaraan, lapor Berita Harian Malaysia...





