JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, pada Isnin melancarkan landasan kereta api pertama Jabodebek (Jakarta-Bogor-Depok-Bekasi) atau LRT Greater Jakarta, dengan menganggap projek berjumlah AS$2.13 bilion ($2.89 bilion) itu sebagai langkah mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran udara yang semakin teruk di ibu kota itu.
Sistem Lintas Rel Sepadu (LRT) sepanjang 41.2 kilometer tanpa pemandu itu menghubungkan Jakarta pusat kepada bandar...





