Meskipun beliau mengalami masalah buah pinggang gagal peringkat akhir dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu, ia tidak menghalang Encik Mohd Kamsani AB Hamed, 46 tahun, daripada menolong pesakit ginjal lain.
Sejak 2019, Encik Mohd Kamsani mengedarkan makanan secara sukarela dan menjadi sumber inspirasi buat penduduk lain di kawasan kejiranannya di Pasir Ris.





