BELANDA: Max Verstappen boleh menyamai rekod Sebastian Vettel sebanyak sembilan kemenangan berturut-turut pada hujung minggu ini di Zandvoort.
Pemandu Red Bull berusia 25 tahun itu kembali lebih hebat daripada sebelumnya, dan beliau boleh bergantung kepada dorongan penyokongnya yang amat ramai.





