Jumlah kebakaran alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal menggunakan kuasa (PAB) meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Laporan pertengahan tahun Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dikeluarkan pada Selasa, berkata terdapat 27 kebakaran melibatkan 18 PAB dan sembilan PMD. Ini dibandingkan dengan 22 kebakaran yang melibatkan alat sedemikian pada separuh pertama 2022.





