Kota Madinah Gempar. Khalifah Uthman terbunuh di tangan pemberontak.
Langit mendung di kota Nabi seperti menggambarkan rasa haru-biru yang mencengkam perasaan penduduknya. Emosi kesedihan berbaur dengan rasa kebimbangan bahawa pembunuhan itu bakal meletuskan kemelut besar.





