Anggota Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling, akan meninggalkan syarikat Grab Singapore, kurang setahun selepas beliau dilantik menjalankan peranan pembangunan korporat di syarikat itu.
Dalam satu kiriman LinkedIn yang dimuat naiknya pada Khamis, Cik Tin berkata beliau akan menyertai syarikat fintech yang “mempunyai matlamat untuk menerajui kemajuan inovatif dalam industri pembayaran” mulai 1 Oktober.





