‘Konvoi’ 400 penunggang motosikal berjaya mengumpul lebih $40,000 bagi pesakit barah kanak-kanak pada Ahad.
Sumbangan yang dikumpulkan oleh kumpulan motosikal pelbagai bangsa dan agama itu telah disampaikan kepada wakil Yayasan Barah Kanak-Kanak dalam satu majlis yang diadakan di Loyang Tua Pek Kong.





