Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah bertekad untuk terus memastikan sistem Singapura bebas rasuah dan salah laku dan ini akan dilaksanakan dengan memelihara tahap kejujuran dan tatasusila tinggi.
Dalam Amanat Hari Kebangsaannya yang disampaikan pada Selasa, sehari sebelum Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, Encik Lee berkata ini merupakan langkah penting dalam mengukuhkan tahap keyakinan tinggi rakyat terhadap sistem...





