Dengan tempoh kempen berbaki beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya negeri (PRN) Malaysia pada 12 Ogos, pengundi muda sedang menilai gabungan politik manakah yang akan dipilih untuk diberi kepercayaan membentuk kerajaan negeri baru di enam negeri terlibat.
Kebanyakan anak muda yang ditemui Berita Harian (BH) mahu aspirasi serta harapan mereka didengar dan aspek pembangunan serta kebajikan diberi keutamaan oleh pemimpin...





