Beliau lebih dikenali sebagai artis rentak rancak di pentas, tetapi Altimet kini perlu rancak memikat hati pengundi selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan beliau sebagai calon bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Beliau akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Selangor.





