Singapura boleh menjadi contoh di peringkat antarabangsa sebagai negara berbilang kaum dan agama yang terus hidup secara harmoni antara satu sama lain, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Bercakap kepada media di Persidangan Keamanan Singapura 2023, Dr Faishal berkata negara lain boleh mempelajari dan meniru pelbagai inisiatif asas yang ada.





