Warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura boleh memohon tiket bagi Pesta Kejiranan GetActive! Singapura 2023 dalam talian atau secara fizikal di kelab SAFRA tertentu mulai 12 tengah hari pada 15 Julai.
Sambutan Hari Kebangsaan di kejiranan tahun ini, yang berlangsung di lima tapak berbeza serata pulau, juga akan memperkenalkan penggunaan e-tiket sebagai cara pengedaran utamanya, kata penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan...





