Sambutan ulang tahun Singapura pada 2023 mengajak warga Singapura kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pelbagai kegiatan sukan dan permainan menarik di lima estet kejiranan serata negara.
Dinamakan Pesta Kejiranan GetActive! Singapura, acara yang bertujuan mendekati warga Singapura bagi menyambut Hari Kebangsaan itu akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos, iaitu hujung minggu sebelum ulang tahun ke-58 Singapura...





