Sosok tubuh itulah yang menjaga kami empat beradik setelah ibu meninggalkan kami tiga tahun yang lalu. Dialah yang memasak, dialah yang mengemas rumah, dialah yang menyiapkan keperluan kami adik-beradik. Pendek kata, semuanya diuruskan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Sosok itu juga telah menjadi teladan untuk aku mengikut jejaknya untuk menjadi kuat dan tabah mengharungi segala dugaan dengan penuh kesabaran dan...





