Singapura amat perihatin tentang meningkatnya keganasan di Israel dan Tebing Barat baru-baru ini, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu.
MFA juga berkata ia sedih akan kehilangan nyawa orang awam, dan menggesa semua pihak supaya meredakan ketegangan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan lebih ramai orang awam terkorban.





