Buat julung kalinya, Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) telah diberi Anugerah Labbaitum oleh Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.
Anugerah berprestij itu diberikan untuk mengiktiraf kejayaan SPAO menyediakan perkhidmatan yang cekap serta inisiatif berkualiti dan kreatif kepada jemaah haji Singapura pada musim haji ini.





