Dikelilingi pokok bunga dan tanaman herba yang hijau nan indah, lebih banyak masjid-masjid di sini kini menyediakan ruang hijau untuk menyemarakkan lagi suasana kehijauan di rumah ibadah, membolehkan kakitangan dan jemaah merehatkan mata dan minda seketika.
Bukan hanya herba seperti serai dan pudina dan pokok bunga seperti anggerik dan bougainvillaea yang ditanam, malah ada masjid juga yang mempunyai tumbuhan hijau...





