Hukum asal mengawet mayat adalah haram dalam Islam tetapi ia dibolehkan dalam beberapa keadaan terdesak, menurut Ustaz Yusuf Rahman, pengarah syarikat Alkhatib Basharahil Islamic Singapore, yang antaranya menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah.
Keadaan mendesak itu termasuk keperluan mengawal penyakit berjangkit atau bagi menghantar mayat pulang ke negara asalnya.





