Kalau diminta ke sesi uji bakat sesebuah projek atau ‘casting’, pelakon kelahiran George Town, Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, akui dirinya akan mengemukakan 1,001 alasan untuk tidak menghadiri sesi tersebut kerana bimbang terbiar kaku beku.
Beliau malahan lebih selesa mengikut tuntutan watak yang bakal dibawa dengan bersiap sedia berpakaian seragam atau mempunyai intonasi suara yang tepat agar tidak ‘lari’...





