KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia berkata pada Selasa bahawa ia akan melaksanakan dasar struktural yang bertujuan merangsang pengaliran dana dan pelaburan asing yang akan menyokong ringgit, dan mengulangi gesaan bahawa Malaysia tidak akan menambat ringgit dengan dolar Amerika Syarikat.
Nilai ringgit jatuh 5.4 peratus sejauh ini dalam 2023, dan pada Selasa, mata wang itu diperdagangkan pada 4.638 berbanding dolar Amerika...





