Pengurus baru Tottenham Hotspur Ange Postecoglou berkata latihan pramusim di Singapura yang bakal dijalani kelab itu adalah peluang besar untuk mempererat hubungan antara pemainnya.
Dalam satu kenyataan media, Postecoglou, yang berasal dari Australia, menekankan peri penting persiapan pramusim serta penyertaan kelab itu dalam perlawanan pramusim menentang pasukan kuat, yang diadakan di sini sempena Festival Bola Sepak Singapura.





