Bagi meningkatkan penyertaan peserta misi korban kali ini, Al-Imtaq International & Services membuka peluang korban dengan harga Serendah $190 bagi seekor kambing dan $1,200 sahaja bagi seekor lembu.
Pengarah Urusan Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata syarikatnya menawarkan korban luar negara bagi mereka yang kurang berkemampuan menjalankan ibadah korban di negara sendiri.





