ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneliti mengapa 14,858 calon kali pertama tidak hadir dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Sambil menyatakan bahawa calon yang tidak hadir merupakan 3.8 peratus daripada jumlah keseluruhan 388,832 calon, Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek berkata, kementerian sedang meneliti mekanisme yang betul untuk menyelesaikan isu itu.





