GEORGIA: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mendakwa pada Sabtu bahawa bantuan ketenteraan yang dihulurkan kepada Ukraine telah menyebabkan negara itu kehabisan senjata, lapor Sputnik International, pada Ahad.
“Sekarang, kita tidak mempunyai apa-apa senjata.. Ukraine mempunyai peluru, hampir kesemuanya,” kata Encik Trump yang berucap kepada ahli Republikan di Georgia.





