SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Trump: AS kekurangan senjata kerana Ukraine

Trump: AS kekurangan senjata kerana Ukraine

Jun 11, 2023 | 6:00 PM

Trump: AS kekurangan senjata kerana Ukraine

TERUS BERKEMPEN: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memberi jaminan akan bantu selesaikan konflik Russia-Ukraine dalam tempoh 24 jam sekiranya dipilih semula sebagai Presiden AS.
TERUS BERKEMPEN: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memberi jaminan akan bantu selesaikan konflik Russia-Ukraine dalam tempoh 24 jam sekiranya dipilih semula sebagai Presiden AS. - - Foto AFP

GEORGIA: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mendakwa pada Sabtu bahawa bantuan ketenteraan yang dihulurkan kepada Ukraine telah menyebabkan negara itu kehabisan senjata, lapor Sputnik International, pada Ahad.

“Sekarang, kita tidak mempunyai apa-apa senjata.. Ukraine mempunyai peluru, hampir kesemuanya,” kata Encik Trump yang berucap kepada ahli Republikan di Georgia.

Encik Trump mendakwa semasa beliau menjadi presiden, AS “mempunyai begitu banyak senjata” dan kini “hanya sedikit untuk melindungi diri.”

Bekas presiden itu juga berjanji untuk mencapai keamanan dalam konflik antara Russia dan Ukraine dalam tempoh 24 jam jika beliau dipilih semula sebagai presiden tahun depan.

Encik Trump menambah bahawa beliau adalah “satu-satunya calon yang boleh mengotakan janji ini”.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Pertahanan AS memaklumkan bahawa Washington akan menyediakan pakej bantuan ketenteraan AS$2.1 bilion ($2.82 bilion) kepada Ukraine, termasuk senjata untuk sistem pertahanan udara, peluru berpandu dan sistem roket berpandu laser, antara lain. - Agensi

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg