Rakyat Malaysia yang memegang status Penduduk Tetap atau PR Singapura (bermastautin tetap), termasuk suami/isteri mereka yang berkerakyatan Singapura, tidak dibenarkan menunaikan fardu haji melalui Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH).
Demikian penjelasan TH kepada pertanyaan Berita Harian mengenai sama ada rakyat Malaysia yang menjadi PR Singapura boleh mengikut pakej yang ditawarkan di Malaysia dengan membawa isteri mereka yang merupakan warga Singapura.





