Mengimbau kembali perjalanannya untuk mencapai puncak Gunung Everest, Cik Nur Yusrina Ya’akob berkata beliau amat bersyukur telah membuat persediaan yang secukupnya sebelum mendaki gunung tertinggi dunia itu.
Beliau yang baru sahaja menimang cahaya mata 3 bulan yang lalu berkata pendakian itu tidak mungkin dapat tercapai tanpa sokongan yang telah diberi oleh sherpa dan rakan-rakan di sepanjang pendakiannya.





