WASHINGTON: Perjalanan percutian penumpang udara Amerika Syarikat mengatasi tahap pra-Covid-19 sepanjang hujung minggu Hari Memorial – yang biasanya menandakan permulaan musim perjalanan udara pada musim panas Amerika yang sibuk.
Perangkaan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika menunjukkan hampir 9.8 juta penumpang telah disaring atau melalui pemeriksaan keselamatan sepanjang empat hari hujung minggu tersebut atau sekitar 300,000 melebihi tempoh cuti yang sama...





