ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengesahkan adanya kegiatan pihak tertentu yang mencari untung dengan menjual tanah kerajaan yang dimohon pemilikan selepas ia diusahakan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kegiatan ala sindiket itu dikesan berlaku di hampir setiap daerah dan sudah lama berlarutan, menyebabkan kerajaan negeri mahupun pemilik tanah kerugian, sedangkan golongan terbabit meraih keuntungan berganda.





