ISTANBUL: Ketua pembangkang Turkey pada Jumaat telah menuduh pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan menyekat mesej teks beliau yang ditujukan kepada para pengundi menjelang pilihan raya penentuan bersejarah yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Encik Kemal Kilicdaroglu menuduh penguasa teknologi telekomunikasi dan maklumat (BTK) Turkey bahawa mereka bertindak atas arahan Encik Erdogan supaya menjejas kempennya.





