CABANG penerbangan bajet Singapore Airlines, Scoot akan menambah lagi sembilan pesawat Embraer E190-E2 kepada armadanya untuk meluaskan pertumbuhan di rantau ini.
Penghantaran pertama pesawat jenis E190-E2, yang paling senyap dan jimat bahan api dalam kategori di bawah 150 tempat duduk, dijadualkan bagi penghantaran pada 2024.





