KUALA LUMPUR : Hasrat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menghadiahkan trofi Anugerah Seniman Sepanjang Zaman kepada Allahyarham Wahid Satay pada penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM), tahun depan, tidak kesampaian apabila bintang veteran itu menghembuskan nafas terakhir di Singapura pada Isnin.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, memberitahu Berita Harian Malaysia (BHM) Finas merancang menganugerahkan trofi...





