SERAMAI 368 orang pelajar dari 185 sekolah tempatan dilantik sebagai Rakan Bahasa tahun ini oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).
Inisiatif berkenaan bermatlamat memperkasa pelajar mendalami cinta dan membina keyakinan mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu, serta menggalak penggunaan bahasa itu dalam kalangan teman-teman dan ahli keluarga masing-masing.





