BAGI membantu usaha meningkatkan kesedaran terhadap disleksia, juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors telah berjaya mengumpul $30,500 untuk Persatuan Disleksia Singapura (DAS).
Pungutan dana amal itu dikumpulkan hasil penjualan 1,700 tiket bernilai $25,500 bagi perlawanan SPL antara Sailors dengan Tampines Rovers yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Ahad lalu.





