SEDANG syarikat Singapura meneroka pasaran baru, mereka harus memberi perhatian pada Afrika, yang mempunyai banyak peluang perniagaan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Khamis.
Afrika mempunyai semangat, muhibah dan keinginan membangunkan hubungan baik dengan Singapura, meskipun ia sebuah benua besar dan kompleks, dan bukan tanpa risiko, ujar beliau kepada media di akhir lawatan enam harinya ke Afrika Selatan...





