DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: GAGAL rebut kejuaraan tetapi menang pujian kerana semangat kesukanan.
Demikian semangat yang ditonjolkan atlet pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman semasa perlawanan separuh akhirnya pada Sabtu menentang rakan senegara dan juara bertahan Sukan SEA bagi acara Epee sukan lawan pedang, Elle Koh.





